Tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tari Piring.
Namum, dipercayai bahawa ia telah wujud sekian lama di kepulauan Melayu
sejak lebih 800 tahun yang lalu. Tarian ini dipercayai telah bertapak
di Sumatra Barat atau lebih dikenali sebagai Minangkabau, dan berkembang
hingga ke zaman Sri Viiaya. Kemunculan kerajaan Majapahit pada kurun ke
16, yang menjatuhkan kerajaan Sri Vijaya telah mendorong perkembangan
Tari Piring ke negeri-negeri Melayu bersama-sama penghijrah atau
orang-orang pelarian Sri Vijaya ketika itu.
Pencipta Tari Piring
Tari
Piring dikatakan tercipta daripada ''wanita-wanita cantik yang
berpakaian indah,serta berjalan dengan lemah lembut penuh kesopanan dan
ketertiban ketika membawa piring berisi makanan yang lezat untuk
dipersembahkan kepada dewa-dewa sebagai sajian. Wanita-wanita ini akan
menari sambil berjalan, dan dalam masa yang sama menunjukan kecakapan
mereka membawa piring yang berisi makanan tersebut". Kedatangan Islam
telah membawa perubahan kepada kepercayaan dan konsep tarian ini. Tari
Piring tidak lagi dipersembahkan kepada dewa-dewa, tetapi untuk
majlis-majlis keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau
pembesar negeri.
Keindahan
dan keunikan Tari Piring telah mendorong kepada perluasan
persembahannya dikalangan rakyat jelata, iaitu dimajlis-majlis
perkahwinan yang melibatkan persandingan. Dalam hal ini, persamaan
konsep masih wujud, iaitu pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja
iaitu 'Raja Sehari' dan layak dipersembahkan Tari Piring di hadapannya
ketika bersanding.
Bagaimana Cara Menari Tari Piring
Terdapat
berbagai cara atau versi untuk menari Tari Piring, bergantung kepada
tempat atau kampung atau daerah di mana Tari Piring tersebut diamalkan.
Namun tidak banyak perbezaan antara satu tempat dengan tempat yang lain,
khususnya mengenai konsep, pendekatan dan gaya persembahan. Secara
keseluruhannya, untuk memahami bagaimana sesebuah Tari Piring
dipersembahkan, berikut adalah urutan atau susunan sesebuah
persembahannya.
1. Persiapan awal.
Sudah
menjadi kebiasaan bahawa sesebuah persembahan kesenian harus dimulakan
dengan persediaan yang rapi. Sebelum sesebuah persembahan diadakan,
selain latihan untuk mengujudkan kecekapan, para penari Tari Piring juga
seharusnya mempunyai latihan penafasan yang baik agar tidak kacau
sewaktu membuat persembahan.
Menjelang
hari atau masa persembahan, para penari Tari Piring mestilah memastikan
agar pring-piring yang mereka akan gunakan berada dalam keadaan baik.
Piring yangretak atau sumbing harus diketepikan atau digantikan dengan
yang lain, agar tidak membahayakan samada kepada diri sendiri atau orang
ramai yang menonton. Ketika ini juga penari telah memutuskan jumlah
piring yang akan digunakan.
Segera
setelah berakhir persembahan Silat Pulut di hadapan pasangan pengantin,
piring-piring akan diatur dalam berbagai bentuk dan susunan di hadapan
pasangan pengantin mengikut jumlah yang diperlukan oleh penari Tari
Piring dan kesesuaian kawasan. Dalam masa yang sama, penari Tari Piring
telah bersiap sedia dengan menyarungkan dua bentuk cincin khas, iaitu
satu di jari tangan kanan dan satu dijari tangan kiri. Penari ini
kemudian memegang piring atau ceper yang tidak retak atau sumbing.
2. Memulakan tarian.
Tari
Piring akan bermula sebaik sahaja rebana dan gong dipukul oleh para
pemusik. Penari akan memulakan Tari Piring dengan 'sembah pengantin'
sebanyak tiga kali sebagai tanda hormat kepada pengantin tersebut iaitu;
sembah pengantin tangan di hadapan sembah pengantin tangan di sebelah
kiri sembah pengantin tangan di sebelah kanan
3. Semasa menari
Selesai
dengan tiga peringkat sembah pengantin, penari Tari Piring akan
memulakan tariannya dengan mencapai piring yang di letakkan di
hadapannya serta mengayun-ayunkan tangan ke kanan dan kiri mengikut
rentak muzik yang dimainkan. Penari kemudian akan berdiri dan mula
bertapak atau memijak satu persatu piring-piring yang telah disusun
lebih awal tadi sambil menuju ke arah pasangan pengantin di hadapannya.
Pada kebiasaannya, penari Tari Piring akan memastikan bahawa semua
piring yang telah diatur tersebut dipijak. Setelah semua piring selesai
dipijak, penari Tari Piring akan mengundurkan langkahnya dengan memijak
semula piring yang telah disusun tadi. Penari tidak boleh membelakangkan
pengantin.
Dalam
masa yang sama kedua-dua tangan akan berterusan dihayun ke kanan dan ke
kiri sambil menghasilkan bunyi 'ting ting ting ting .......' hasil
ketukan jari-jari penari yang telah disarung cincin dangan bahagian
bawah piring. Sesekali, kedua-dua tapak tangan yang diletakkan piring
akan dipusing-pusingkan ke atas dan ke bawah disamping seolah-olah
memusing-musingkannya di atas kepala
4. Mengakhiri persembahan
Sesebuah
persembahan Tari Piring oleh seseorang penari akan hanya berakhir
apabila semua piring telah dipijak dan penari menutup persembahannya
dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi.
Sembah penutup juga diakhiri dengan tiga sembah pengantin dengan susunan
berikut; sembah pengantin tangan sebelah kanan sembah pengantin tangan
sebelah kiri sembah pengantin tangan sebelah hadapan
Tempoh Menari
Tempoh
atau jangkamasa menari olehseorang penari Tari Piring adalah bergantung
kepada kecekapan dan kemahiran penari itu sendiri. Kecekapan dan
kemahiran menghayun piring yang diseimbangkan dengan ketukan cincin amat
perIu. Penari Tari Piring yang tidak terlatih mungkin akan menyebabkan
piring yang diletakkan di tapak tangan terIepas dan jatuh ke tanah.
Biasanya insiden seperti ini amat memalukan penari tersebut.
Sanggar Cahayo
Dalam
masa yang sama kepantasan penari melangkahkan kaki untuk memijak piring
yang telah disusun juga akan mempengaruhi tempoh sesebuah Tari Piring.
Namun pada keseluruhannya, seseorang penari Tari Piring akan hanya
menari dalam tempoh masa antara tiga hingga lima menit sahaja. Oleh itu,
pada lazimnya, sesebuah persembahan Tari Piring di hadapan pengantin
akan hanya mengambil masa tidak melebihi 15 menit, dengan persembahan
Tari Piring oleh antara tiga hingga tujuh orang. PerIu ditekankan bahawa
sesebuah persembahan Tari Piring mesti disertai oleh penari dengan
jumlah yang ganjil misal satu, tiga, lima, tujuh atau sembilan orang.
Pakaian Penari Tari Piring
Pada
kebiasaannya, pakaian yang berwarna-warni dan cantik adalah perkara
wajib bagi sesebuah tarian. Tetapi bagi Tari Piring, memadai dengan
berbaju Melayu dan bersamping saja. Warna baju juga adalah terserah
kepada penari sendiri untuk menentukannya. Namun, warna-warna terang
seperti merah dan kuning sering menjadi pilihan kepada penari Tari
Piring kerana ia lebih mudah di lihat oleh penonton.
Musik dalam Tari Piring
Alat
musik yang digunakan untuk mengiringi Tari Piring, memadai dengan
pukulan Rebana dan Gong sahaja. Pukulan Gong amat penting sekali kerana
ia akan menjadi panduan kepada penari untuk menentukan langkah dan gerak
Tari Piringnya. Pada kebiasaannya, kumpulan Rebana yang mengiringi dan
mengarak pasangan pengantin diberi tanggungjawab untuk mengiringi
persembahan Tari Piring. Namun, dalam keadaan tertentu Tari Piring boleh
juga diiringi oleh alat musik lain seperti Talempong dan Gendang.
Falsafah Tari Piring
Tari
Piring mempunyai peranan yang besar didalam adat istiadat perkahwinan
masyarakat Minangkabau. Pada dasarnya, persembahan sesebuah Tari Piring
di majlis-majlis perkahwinan adalah untuk tujuan hiburan semata-mata.
Namun persembahan tersebut boleh berperanan lebih daripada itu.
Persembahan Tari Piring didalam sesebuah majlis perkahwinnan boleh
dirasai peranannya oleh empat pihak iaitu; kepada pasangan pengantin
kepada tuan rumah kepada orang ramai kepada penari sendiri
Pasangan
pengantin adalah orang yang diraikan didalam majlis perkahwinan. Mereka
digelar 'Raja Sehari'. Oleh itu, persembahan Tari Piring di hadapan
mereka adalah pelengkap kepada hari bersejarah tersebut.Dalam masa yang
sama pasangan pengantin akan merasai bahawa kehadiran mereka sebagai
'raja sehari' sedang dinanti-nantikan oleh orang ramai dengan simbolik
'selamat datang' melalui Tari Piring tersebut. Hal yang sama juga akan
dirasai oleh kedua-dua ibu bapa serta keluarga pengantin. Mereka
merasakan bahawa majlis persandingan tersebut belum tamat dan tidak
lengkap jika tidak disertai dengan persembahan Tari Piring.
Dikalangan
orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu pula, selain sebagai
suatu hiburan, mereka boleh memberi semangat kepada para penari Tari
Piring agar membuat persembahan yang lebih baik dan menyeronokkan.
Malah, kadangkala orang ramai yang menonton akan turut serta menyertai
persembahan tersebut, semata-mata untuk memeriahkan suasana atau untuk
menunjukkan kebolehan mereka. Keadaan ini agak berbeza pula kepada para
penari Tari Piring itu sendiri. Setengah daripada penari Tari Piring
yang masih bujang, menunjukkan kehebatan mereka menari adalah untuk
'memikat' gadis-gadis pengiring daripada pihak yang bertandang atau
gadis-gadis sekampung yang sedang menonton persembahan mereka.
Suatu
perkara yang menarik bagi Tari Piring pentas ialah kebolehan dan
kecakapan penarinya memijak-mijak kaca di atas pentas sebagai mengakhiri
persembahan Tari Piring. Didalam persembahan ini kaca yang telah
dipecah-pecahkan berukuran antara tiga hingga delapan sentimeter di
longgokkan di atas pentas yang kemudiannya dipijak-pijak serta
dikuis-kuis dengan kaki oleh para penari. Simbolik kepada acara ini
ialah "para pembawa hidangan sedang melalui atau memijak kaca piring
yang pecah semasa mereka membawa sajian lauk pauk untuk dewa-dewa" .
Kaki penari tidak cedera.
Penari Tari Piring Berjalan di Atas Pecahan Kaca
[Sumber]